Idaman
Homestay terletak di Banglo No 23, Persiaran Meranti 3, FeldaJaya
Trolak, 35600 Sungkai, Perak. Lokasi Idaman Homestay ini sangat
strategik kerana berada bersebelahandgn MRSM Felda yang merupakan MRSM
yang baru dibuka pada awal tahun 2010 yang lalu.
Selain itu
Idaman Homestay juga berada berdekatan dengan TRAP atau lebih dikenali
Taman Rekreasi Air Panas Felda Sg. Klah, Sungkai. Ia menjadi tumpuan
pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya pada musim cuti. Selain
itu, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti Medan Selera,
Surau, kedai-kedai runcit, dobi dan lain-lain lagi. Dengan adanya
kemudahan-kemudahan tersebut dan adanya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS),
Idaman Homestay adalah tempat yang strategik untuk dijadikan tempat
penginapan. Terutamanya, bagi pengunjung dari perjalanan utara-selatan
dan inginkan tempat persinggahan sementara. Idaman Homestay juga sangat
sesuai bagi pengunjung yang inginkan suasana yang tenang dan lari dari
kesibukan kota.
Antara tempat-tempat menarik lain yang berdekatan dengan Idaman Homestay yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah :
- Taman Rekreasi Air Panas Felda sg. Klah, Sungkai (TRAP).
- Lata Kinjang.
- Lata Pongsu.
- Cameron Highland.
- Kuala Woh.
- Sungai Bill
- dan banyak lagi tempat-tempat menarik disini......
- Kolej Mara dan Kolej Taj.
- Pusat Latihan Felda Trolak.
- SVSR (Sekolah Vokasional Slim River).
- SMKA Slim River.
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
- Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Bagi
pengunjung yang ingin kan ketenangan dan privacy, Idaman Homestay
dikawal oleh pihak security yang bertugas 24 jam untuk memastikan
keselamatan pengunjung terjamin.
Jadi apa
di tunggu-tunggukan lagi....marilah pengunjung ke Idaman Homestay kami
dan rasailah ketenangan disini..pasti berbeza dari yang lain...
No comments:
Post a Comment